Konsep perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu adalah konsep asal Kerajaan British unt... more Konsep perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu adalah konsep asal Kerajaan British untuk tidak mencampuri tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu sejak dari awal penubuhan Negeri-negeri Selat. Pihak British juga enggan meluaskan jajahan di negeri-negeri Melayu atau mengadakan sebarang perjanjian politik dengan Raja-raja Melayu. Dasar ini telah diperkenalkan untuk memeliara kepentingn pertahanan Kerajaan British di India dan keselamatan perniagaannya di Timur. Terdapat beberapa alasan yang telah mendorong British yang enggan melibatkan diri dal hal ehwal politik tempatan kerana mereka takut akan terlibat dengan kekacauan yang sentiasa berlaku di negeri-negeri Melayu kerana ketika itu mereka sendiri sedang menghadapi kekacauan di India. Pihak British turut bimbang akan tindakan mereka untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu akan menimbulkan penentangan dari pihak Siam yang ketika itu sedang menaruh minat untuk meluaskan pengaruh mereka di Negeri-negeri Utara Tanah Melayu. Selain itu, dasar Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) lebih memberi perhatian kepada perdagangan dan perniagaan semata-mata tanpa melibatkan diri dalam hal ehwal politik tempatan. Pihak British turut tidak berminat untuk meluaskan jajahannya kerana SHTI menganggap Negeri-negeri Selat sebagai pusat perniagaan sahaja. Akhir sekali, tindakan untuk tidak campur tangan telah didorong oleh keinginan Kerajaan British untuk mempertahankan dasar berkecuali yang telah dipersetujui dengan pihak Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda yang telah ditandatangani pada tahun 1824. Mengikut Perjanjian ini, mana-mana pihak tidak dibenarkan campur tangan dalam hal ehwal kerajaan lain.1 Berdasarkan alaan-alasan ini, maka British enggan melibatkan diri dalam hal ehwal politik di Negeri-negeri Melayu. Ini merupakan konsep perlindungan yang diamalkan oleh British terhadap Negeri-negeri
D20142069164 1.0 PENGENALAN Terdapat beberapa buah kerajaan awal Asia Tenggara antaranya ialah Ch... more D20142069164 1.0 PENGENALAN Terdapat beberapa buah kerajaan awal Asia Tenggara antaranya ialah Champa, Srivijaya, Majapahit, Funan, Angkor dan Cheh-Tu. Setiap kerajaan ini ada keistimewaannya masingmasing dan boleh dikatakan antara kerajaan yang terkuat di Asia Tenggara pada suatu ketika dahulu. Antaranya ialah Srivijaya. Srivijaya merupakan salah satu kerajaan besar yang ada di Nusantara pada suatu ketika dahulu. Kerajaan Sriwijaya berkait rapat dengan sejarah peradaban Nusantara dan merupakan sebuah kuasa yang kuat. Keberadaan kerajaan Srivijaya telah tercatat oleh seorang pendeta Tiongkok yang bernama I Tsing ketika mengunjungi Srivijaya pada abad ke-7 dan telah menulis tentang Srivijaya. Pusat kerajaan Srivijaya terletak di sekitar wilayah Sumatera Selatan namun begitu memiliki daerah pemerintahan yang terdapat di Kemboja, Selatan Thailand, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa sehinggalah pesisir Kalimantan. Raja pertama Srivijaya adalah Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang berkuasa sejak tahun 671 hingga 702 Masihi. Selain itu, Srivijaya ini terkenal dengan sebagai sebuah kerajaan maritim, di mana kerajaannya sangat terkenal dengan kekuatan kapal-kapalnya dalam menguasai pelayaran, perdagangan dan penguasaan terhadap pelbagai kawasan yang strategik untuk mengawasi dan melindungi kapal dagang. Namun setelah tahun 1183, Srivijaya berada di bawah kerajaan lain. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Srivijaya runtuh. Kerajaan Majapahit pula adalah kerajaan Hindu di Jawa Timur. Kerajaan ini termasuk kerajaan kuno di Indonesia yang berdiri pada tahun 1293 sehinggalah 1500 Masihi. Kerajaan Majapahit ini didirikan oleh Raden Wijaya (1293 M). Kerajaan ini mencapai puncak kejayaannya pada abad ke 14 iaitu ketika kekuasaan Hayam Wuruk (1350-1389 M) yang dibantu oleh Patih Gajah Mada (1331-1364 M). Kerajaan Majapahit adalah kerajaan Hindu terakhir di Semenanjung Tanah Melayu dan dianggap sebagai salah satu dari negara terbesar dalam sejarah Indonesia. Kerajaan Champa pula diasaskan sekitar tahun 192 1 D20142069164 M oleh Chu Lien. Raja Champa ini dipengaruhi oleh agama Hindu. Pentadbirannya pula teratur di mana dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai yang ditugaskan unutk memungut cukai. Pelabuhan yang terkenal di Champa pada ketika itu ialah Inderapura. Champa ini ditadbir oleh 14 dinasti. Namun pada akhir kurun ke-13, Champa dipengaruhi oleh China dan pelabuhannya lenyap pada kurun ke-15. Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi, Champa diterajui oleh Bhadravarnom. Manakala, bagi kerajaan Funan pula, Funan merupakan kerajaan Hindu kuno di kawasan Asia Tenggara yang untuk pertama kalinya menerima pengaruh India. Funan ialah kerajaan terawal sekali di asia Tenggara. Negara Funan merupakan pertubuhan negara kota dengan ikatan politik yang longgar. Funan diperintah oleh raja-raja yang mempunyai nama-nama sensekerta. Menurut ahli sejarah kekuasaannya terbentang di hilir Sungai Mekong, selatan Vietnam, lembah tengah Mekong, lembah Chao Praya dan Semenanjung Tanah Melayu. Setiap kerajaan seperti kerajaan Srivijaya, Majapahit, Funan dan Champa ini yang pada mulanya sebuah kerajaan yang gagah dan kuat namun runtuh disebabkan oleh beberapa faktor sama ada dari segi faktor luaran ataupun faktor dalaman.
Uploads
Papers by Hafiz Shariman