KONSEP PERLINDUNGAN BRITISH TERHADAP NEGERI-NEGERI MELAYU
Abstract
Konsep perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu adalah konsep asal Kerajaan British untuk tidak mencampuri tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu sejak dari awal penubuhan Negeri-negeri Selat. Pihak British juga enggan meluaskan jajahan di negeri-negeri Melayu atau mengadakan sebarang perjanjian politik dengan Raja-raja Melayu. Dasar ini telah diperkenalkan untuk memeliara kepentingn pertahanan Kerajaan British di India dan keselamatan perniagaannya di Timur. Terdapat beberapa alasan yang telah mendorong British yang enggan melibatkan diri dal hal ehwal politik tempatan kerana mereka takut akan terlibat dengan kekacauan yang sentiasa berlaku di negeri-negeri Melayu kerana ketika itu mereka sendiri sedang menghadapi kekacauan di India. Pihak British turut bimbang akan tindakan mereka untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu akan menimbulkan penentangan dari pihak Siam yang ketika itu sedang menaruh minat untuk meluaskan pengaruh mereka di Negeri-negeri Utara Tanah Melayu. Selain itu, dasar Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) lebih memberi perhatian kepada perdagangan dan perniagaan semata-mata tanpa melibatkan diri dalam hal ehwal politik tempatan. Pihak British turut tidak berminat untuk meluaskan jajahannya kerana SHTI menganggap Negeri-negeri Selat sebagai pusat perniagaan sahaja. Akhir sekali, tindakan untuk tidak campur tangan telah didorong oleh keinginan Kerajaan British untuk mempertahankan dasar berkecuali yang telah dipersetujui dengan pihak Belanda melalui Perjanjian Inggeris-Belanda yang telah ditandatangani pada tahun 1824. Mengikut Perjanjian ini, mana-mana pihak tidak dibenarkan campur tangan dalam hal ehwal kerajaan lain.1 Berdasarkan alaan-alasan ini, maka British enggan melibatkan diri dalam hal ehwal politik di Negeri-negeri Melayu. Ini merupakan konsep perlindungan yang diamalkan oleh British terhadap Negeri-negeri