Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan varian membimbangkan Covid-19 Omnicron sudah dikesan di Malaysia.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu disahkan berdasarkan sampel pelajar 19 tahun daripada daripada Afrika Selatan yang masuk ke negara ini pada 19 November.
Khairy berkata pelajar itu masuk ke Malaysia pada 26 November, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Omicron sebagai varian membimbangkan.
Pelajar universiti swasta di Ipoh itu kini dikuarantin bersama lima penumpang dalam bas sama ketika dalam perjalanan daripada Lembah Klang ke Ipoh.
"Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan pihak universiti," kata Khairy.
Katanya, pelajar itu menjalani kuaranti seorang diri, patuh kepada perintah serta menerima vaksin lengkap dan tidak bergejala.
Kes juga, katanya lagi, meneruskan pengasingan di rumah selama 10 hari selepas diberi pelepasan pada 29 November.
Sementara itu, Khairy berkata kontrak rapat dalam kes itu juga negatif bagi ujian sampel pertama dan kedua.